Sunday, February 28, 2010

Insentif kepada penjimat air

Sebagai salah satu langkah penjimatan air dalam musim kemarau yang sedang melanda negara sekarang ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk memberikan ganjaran berupakan insentif kepada mereka yang mengamalkan penjimatan air setiap hari.

Namun begitu penalti juga akan dikenakan kepada mereka yang menggunakan air melebihi sukatan yang telah ditetapkan setiap hari.

“Langkah ini adalah sebagai salah satu tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah penggunaan air yang paling tinggi bagi rakyat negeri ini,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan seterusnya akan dibawa ke mesyuarat Exco.

"Adalah menjadi harapan kerajaan negeri dengan cadangan baru ini ia akan dapat mengubah sikap rakyat negeri ini supaya menggunakan air dengan lebih berhemah dan menjimatkan penggunaannya.

"Musim kemarau yang sedang melanda negara sekarang ini akan ditangani dengan serius oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, katanya langkah berjaga-jaga akan diambil bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

“Oleh kerana itu, ganjaran berupakan diskaun tarif air akan diberikan kepada mereka yang menyahut seruan pihak kerajaan negeri bagi penjimatan penggunaan air ini," ujarnya semalam.


2 comments:

Paku Seqepih said...

Inilah yg menjadikan UMNgOk cemburu kat kerajaan Pakatan Rakyat.

Jimat cermat jadi amalan, kemudian duit lebih dipulangkan kembali kepada rakyat. Insentif air, warga emas, khairat kematian.

Masa UMNgOk & Hj. Sukun dulu ada bagi ka kat rakyat? Mentekedaqah lagi untuk tembolok depa ada la...

'Hidup PR!!!'

Anonymous said...

Pembela Melayu dan Umat Islam Pulau Pinang konon. Ajak debat tak berani, dah tu bagi alasan macam2. Nak berdebat dengan CM ja, takat pemuda UMNO&DPMPP&GPMS tandingan hangpa pemuda PAKATAN la.. CM taraf dia debat dgn menteri ka PM ka, baru betoi.
"Kokok berderai2, pungkoq penuh taik"

Kita tunggu 7 Mac ni, kat tapak ekspo seberang jaya. Depa berani dak nak berdebat.