Wednesday, June 30, 2010

Pelancaran Program Cari Juara


19 Jun 2010, Sungai Bakap - YB Ustaz Maktar telah melancarkan Program Cari 'Juara Liga Sungai Bakap' di Dewan Kebajikan JKKK Sungai Bakap Selatan. Matlamat program tersebut adalah untuk mencari pemain-pemain bolasepak tempatan untuk dijadikan sebuah pasukan yang terbaik dalam DUN Sungai Bakap ke peringkat negeri Pulau Pinang.

Selain mengenalpasti bakat-bakat muda, YB Ustaz Maktar turut menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang pertandingan iaitu Johan akan membawa pulang RM1000, Naib Johan RM750 manakala tempat ketiga dan keempat RM400 setiap pasukan.

Kejohanan yang bakal dijalankan di padang Kg. Lima Kongsi dan Tmn. Puteri Gunung akan bermula pada 3 Julai 2010 jam 5.30 petang.

Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Negeri, Batu Kawan pada 18 Julai 2010.

Thursday, June 24, 2010

Tol Jambatan PP Naik Walau Catat Keuntungan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertikai tindakan kerajaan membebankan rakyat Pulau Pinang dengan kenaikan tol namun dalam masa yang sama mengurang kadar tol sehingga 30 peratus untuk rakyat Singapura menyeberang ke Johor.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, warga Pulau Pinang selayaknya menerima penurunan kadar tol kerana ia mencatatkan keuntungan bahkan telah memulangkan kos pembinaan kepada kerajaan Pusat.

Sebaliknya jambatan kedua antara Singapura dan Johor terus-menerus mencatatkan kerugian, dan akan mengambil masa yang lama untuk mengembalikan modal pembinaan.

“Saya pelik di Malaysia, bila lebuh raya untung, kita naikkan harga, bila lebuh raya rugi kita turunkan harga,” kata Guan Eng.

“Kenapa penurunan harga tol tidak boleh dilakukan dijambatan Pulau Pinang ? sedangkan ia melibatkan manfaat pada rakyat Malaysia tetapi penurunan harga di tol jambatan kedua Malaysia Singgapura akan member manfaat pada rakyat Johor dan juga Singgapura ?,” katanya lagi.

Guan Eng berkata Pakatan Rakyat tidak membantah penurunan harga tol di jambatan kedua Johor-Singapura, tetapi menggesa kerajaan untuk lebih prihatin kepada beban pengangkutan yang ditanggung rakyat sehari-hari.


Program Wacana Gender



Monday, June 21, 2010

Menziarahi mangsa kebakaran di Simpang Tiga

Tiga keluarga menerima sumbangan dan mereka di tempatkan buat sementara di Dewan JKKK Simpang Tiga, Nibong Tebal

Friday, June 18, 2010

7 Julai diisytihar sebagai cuti umum bagi negeri Pulau Pinang

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 21 Julai 2009 telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 7 Julai setiap tahun mulai tahun 2010 sebagai Hari Cuti Umum bagi seluruh Negeri Pulau Pinang bersempena dengan Pengisytiharan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Sunday, June 13, 2010

Friday, June 11, 2010

Pembentangan Kertas Panduan Program "Pengimarahan Masjid - TAQWA"


10 Jun 2010, Jawi - YB Ustaz Maktar selaku pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Pembangunan Insan dan Hubungan Seranta, MAINPP menerangkan kepada pengerusi-pengerusi qaryah seluruh daerah SPS