Thursday, April 29, 2010

Guru Takmir akan diperkasa

Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyediakan bahan terkini untuk memperkasakan guru-guru takmir agar selari dengan cabaran semasa umat Islam yang semakin hebat, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Saleh Man.

Beliau ketika merasmikan majlis Ijtimak Guru-Guru Takmir Seluruh Pulau Pinang di sebuah hotel di sini pagi tadi menambah, pada masa kini dua buku telah pun diberikan kepada guru-guru berkenaan untuk digunakan terutamanya berhadapan dengan permasalahan masyarakat berpandukan al-Quran.

Buku tersebut ialah Ayat Suruhan dan Ayat Larangan yang mana, katanya, secara ringkas merungkaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya membabitkan keluarga.

"Jaipp dan Jakim telah bersedia dengan kelengkapan berhadapan dengan karenah masyarakat apabila menyediakan dua buku iaitu Ayat Suruhan dan Ayat Larangan kepada guru takmir supaya dapat menyampaikan maklumat berhubung masalah yang berlaku masa kini," jelasnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Tujuannya, kata beliau utama pendekatan yang diambil untuk memantapkan masyarakat yang kini dijangkit penyakit serta membina semula generasi muda di segenap bidang.

Ini, katanya memandangkan generasi muda merupakan pelapis kepada generasi akan datang maka segala penyakit wajar disembuhkan sesuai dengan cabaran globalisasi yang semakin meresahkan umat Islam.

"Penyakit yang dihadapi oleh umat Islam sekarang ini harus di sembuhkan. Antara elemen yang boleh membantu menyelesaikan masalah itu ialah dengan memperkenalkan subjek seperti Tafsir, Hadith, Tasawuf, Feqah, Sirah dan Akhlak kerana mendidik jiwa masyarakat khasnya golongan muda mudi untuk menjadi bangsa yang berilmu dan berahklak mendekati masjid," tambahnya di hadapan 100 orang guru takmir yang datang dari lima daerah.

Program bertemakan 'Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah' juga mengajak masyarakat supaya tidak terjebak dengan fahaman khilafiah yang mengundang perpecahan di beberapa buah masjid.

Justeru itu, beliau menasihati walaupun berbeza pendapat namun untuk berpecah jangan sekali-kali demi agama yang suci kerana masjid adalah tempat yang mulia untuk beribadat, tidak disalahgunakan dengan program yang tidak bersesuaian dengan suasana masyarakat sekarang.

"Tugas kita semua untuk memperbetulkan keadaan dan mengimarahkan masjid seterusnya memelihara penyatuan masjid agar tidak berpecah belah," tegasnya.

Menurut beliau lagi, pada tahun 2009, Jakim telah menyediakan peruntukan sebanyak RM639,180 bagi urusan pembayaran elaun guru-guru takmir iaitu RM40 untuk sekali mengajar dan peruntukan khas RM25,000 bagi pelaksanaan kelas 'Tafaqquh Fiddin' untuk setiap daerah.

Manakala Pusat Urus Zakat (PUZ) pula, sejumlah RM174.890 telah diperuntukkan pada tahun 2009 di mana aktiviti yang digunakan untuk membayar elaun tambahan mengajar guru takmir sebanyak RM10 untuk satu kelas.

Menyentuh mengenai usaha mendapatkan tauliah di Pulau Pinang terutamanya guru baru yang berhajat, boleh mendapatkanya di pejabat Jaipp bagi mengelak daripada timbul berbagai prasangka yang tidak baik.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Jaipp, Haji Sazali Husain, wakil Ketua Pengarah Jakim, Ustazah Latifah Said, Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Masjid dan Surau, Ustaz Ayob Yaacob dan Penyelaras Program Unit Takmir, Ustaz Imran Ibrahim.


Saturday, April 3, 2010

Sumbangan RM100 untuk kenderaan jenazah

Berita gembira untuk pengundi-pengundi di DUN Sungai Bakap apabila YB Ustaz Maktar telah mengumumkan bahawa mereka akan dibantu dari segi kewangan untuk pengurusan kenderaan jenazah.

Pengumuman itu dibuat semasa ucapan perasmian YB Ustaz Maktar pada Majlis Pelancaran Penyerahan Sumbangan Warga Emas Peringkat KADUN Sungai Bakap dan Sungai Acheh.

Memandangkan pada masa kini apabila berlakunya kematian, mahu tidak mahu kenderaan jenazah terpaksa digunakan dan sedikit sebanyak membebankan keluarga simati. Di atas keprihatinan itu sumbangan sebanyak RM100 akan diberikan tanpa mengira bangsa dan agama mahupun fahaman politik.


Majlis Pelancaran Penyerahan Sumbangan untuk Warga Emas Peringkat KADUN Sungai Bakap dan KADUN Sungai Acheh

Tarikh : 30 Mac 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Besar Sungai Bakap

Menziarahi mangsa kebakaran

24 Mac 2010, Taman Jawi Indah - Bersama Penghulu dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat menziarahi rumah anggota Polis yang terlibat dalam kebakaran.

Meninjau kerosakan yang dialami

Menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa

Jasamu Dikenang...

Menyampaikan cenderahati kepada Imam Masjid Jamek Padang Lalang sambil diperhatikan oleh Pengerusi JKKK, En. Abu Bakar Rashid

21 Mac 2010, Padang Lalang - JKKK Padang Lalang telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang iaitu menghimpunkan warga emas di sekitar kawasan Padang Lalang untuk diberi penghormatan di atas pengorbanan dan sumbangan mereka selama ini.


Majlis Pelancaran Perumahan Mampu Milik

21 Mac 2010, Sungai Duri - Merasmikan projek perumahan yang bakal dibina di kawasan Sungai Duri. Projek Fasa 2 Taman Sungai Duri Indah dan Perumahan Mampu Milik di Taman Sungai Duri Permai yang akan dilaksanakan oleh Asas Dunia Berhad.

Turut hadir Dato' Jerry Chan Fook Sing; Managing Director Asas Dunia serta Ahli-ahli Majlis MPSP; En. Abdul Rahman bin Ramjan dan En. Teoh Seang Hooi.

Orang ramai yang hadir mendengar penerangan berkenaan projek yang bakal dijalankan

Gambar atas dan bawah : Orang ramai yang tidak mahu ketinggalan mendaftar

Sumbangan kepada pesakit jantung

17 Mac 2010, Sungai Kechil - Menyampaikan sumbangan peribadi kepada pesakit jantung yang baru menjalani pembedahan.

Mohd Arzarul bin Abu Kasim yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak kecil telah selamat menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu.

Turut hadir Hj. Mohd Kamil Abu Bakar; Setiausaha Politik ADUN dan Azni Saari; Setiausaha JKKK Sungai Kechil.

Aduan masyarakat diberi perhatian

16 Mac 2010 - Masalah pencemaran sungai di Tasek dan Kg. Changkat Dain akan diambil tindakan sewajarnya. YB Ustaz Maktar bersama Ahli Majlis MPSP, Pegawai Veterinar Jabatan Kesihatan MPSP dan JKKK melawat kawasan terbabit.

Di Tasek masalah pencemaran sungai adalah akibat sisa buangan penternakan ikan keli yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Begitu juga di Kg. Changkat Dain, pencemaran air dari ladang ternakan ayam dan itik yang sering membelenggu penduduk. Kedua-dua pemilik tersebut telah diberikan notis satu minggu dari MPSP dan mereka berjanji akan mengikut syarat yang ditetapkan. Sekiranya ingkar mereka boleh dikenakan tindakan saman.

Segala masalah yang timbul, insyaAllah dapat diatasi seandainya perbincangan di antara pihak yang terlibat diadakan.

Pegawai Kesihatan MPSP memeriksa kandungan air sisa buangan dari kolam ikan keli

Sumbangan jersi kepada belia

16 Mac 2010 - Pada tahun ini, YB Ustaz Maktar telah memperuntukkan jersi bolasepak kepada persatuan-persatuan belia dan pasukan bolasepak yang aktif di dalam KADUN Sungai Bakap.

Demi memastikan pasukan bolasepak yang wujud di kawasan ini tidak terabai dan mampu bersaing dengan pasukan-pasukan luar, YB Ustaz Maktar telah merancang untuk mewujudkan liga bolasepak di peringkat daerah.

Dalam pemberian jersi tersebut, pasukan-pasukan di bawah kawasan JKKK KADUN Sungai Bakap telah menerimanya.

Wakil Belia Kg. Sungai Buaya turut menerima