Monday, June 4, 2012

Kita Telah Berjaya

Setelah diamanahkan sebagai Wakil Rakyat di DUN Sungai Bakap selama lebih 4 tahun, YB Hj. Maktar bin Hj. Shapee telah berjaya melunaskan beberapa tuntutan rakyat.

Selain daripada kejayaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat seperti:
1. Sumbangan RM100 setahun untuk Warga Emas
2. Sumbangan RM100 setahun untuk OKU
3. Sumbangan RM100 setahun untuk Ibu Tunggal
4. Sumbangan RM1,000 'One-Off' untuk waris bagi Pengurusan Jenazah
5. Sumbangan RM200 'One-Off' kepada semua anak kelahiran pemilih Pulau Pinang mulai 1 Januari 2011
6. Sumbangan RM1,000 'One-Off' kepada mahasiswa/siswi IPTA, jika pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000 sebulan
7. Sumbangan RM100 'One-Off' untuk Pelajar Emas iaitu Tahun 1 & 4 dan Tingatan 1 & 4
8. dan lain-lain kejayaan yang dilaporkan dari masa ke semasa.     

Selaku ADUN Sungai Bakap, beliau prihatin membantu …

A. Dari segi KEBAJIKAN dan Hubungan Masyarakat :
1. Membaik pulih rumah terutamanya bumbung; lebih dari 200 buah rumah di seluruh KADUN. 60 buah daripadanya merupakan rumah PPRT di Kg. Indra Timbalan, Kepala Gajah
2. Menghulur sumbangan RM100 untuk Sewa Kereta Jenazah kepada setiap waris jenazah pengundi KADUN Sungai Bakap
3. Menziarahi dan memberi sumbangan perubatan (Jejak Sihat) kepada setiap pesakit yang dilaporkan oleh JKKK
4. Menghulur sumbangan RM200 untuk para pelajar anak-anak pengundi KADUN Sungai Bakap yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan RM300 untuk mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah
5. Menyumbang khemah, kerusi meja dan pinggan mangkuk kepada hampir setiap surau, persatuan dan rumah ibadat
6. Mengunjungi hampir setiap jemputan kenduri yang dijemput oleh para pengundi
7. Menghulur sumbangan berbuka puasa ke setiap surau
8. Menghulur sumbangan dan hamper kepada OKU dan mereka yang kurang bernasib baik sempena hari-hari perayaan Islam, Cina dan India
9. Memberi perkhidmatan kepada pengundi-pengundi bersempadan KADUN Bukit Tambun, Machang Bubuk dan Jawi dengan membuka/menambah kawasan-kawasan baru JKKK
10. Dengan perkhidmatan yang terlaksana, beliau telah menziarahi lebih 60% rumah-rumah pengundi KADUN Sungai Bakap
11. Semua aktiviti yang telah dijalankan ini, kita telah membelanjakan wang melalui sumber Akaun Khas ADUN sebanyak RM500,000.00 lebih, ini tidak termasuk peruntukan RM200,000.00 setahun melalui Pejabat Daerah SPS

B. Dari segi SOSIO-EKONOMI :
Menganjur program :
- Karnival Masyarakat Madani 1 & 2
- Karnival Rakyat Harmoni 1 & 2
- Karnival Ambang Ramadhan
- Bakti Siswa (BAKSIS UIAM) di kawasan JKKK Kepala Gajah
- Bakti Masyarakat (BAKMAS) di kawasan JKKK Kampung Besar
- Bakti Siswa (BAKSIS UM) di kawasan JKKK Tasek

C. Dari segi PENDIDIKAN (Rohani dan Intelek) :
1. Membaca Khutbah Jumaat di setiap masjid
2. Menyebar risalah-risalah kemajuan Kerajaan Negeri di Pasar Awam dan pasar-pasar malam
3. Memberi Kuliah di beberapa buah masjid dan surau dalam KADUN Sungai Bakap
4. Menganjurkan ceramah-ceramah umum dan kelompok dengan kerjasama JKKK dan Surau
5. Kem Remaja Anggun (KERAMAT) untuk anak muda di Bendang Man, Sik, Kedah. Anjuran bersama JKKK Sungai Kechil

D. Dari segi PEMBANGUNAN :
1. Membina Rumah Mampu Milik bersebelahan PPRT Indra Timbalan, Kepala Gajah
2. Menaik taraf infrastruktur hampir ke seluruh kawasan dalam KADUN, antaranya :
     - Jalan dan Longkang sepanjang jalan dari Kg. Sepulau ke persimpangan Pekan Tasek
     - Longkang sepanjang Jalan Hutan Petai ke persimpangan Jalan Che Hussain, Padang Lalang
     - Longkang sepanjang jalan dari pekan hingga ke hadapan Masjid Kampung Besar dan sepanjang jalan Kg. Baru Sungai Buaya
     - Longkang dari pekan Sungai Kechil ke Lebuh Raya Utara Selatan
     - Longkang di sepanjang jalan Kampung Permatang Ara, Sungai Bakap
     - Longkang dalam kawasan perumahan Kampung Krian Kedah
     - Longkang di Jalan Sentosa dan Kg. Makau Suah, Sungai Bakap (menyelesaikan masalah banjir kilat sejak lebih 10 tahun)
3. Membina 6 unit Gerai Penjaja di pekan Sungai Duri
4. Menambak tebing-tebing Sungai Jawi, Tasek Chempedak, Sungai Buaya dan sungai Kechil

E. Dari segi SUKAN dan REKRIASI :
1. Menganjurkan pertandingan Liga Juara Sungai Bakap sebagai acara tahunan. Perlawanan Akhir diadakan di Stadium Batu Kawan
2. Pertandingan Memancing di Byram, anjuran bersama JKKK Sungai Kechil dan Small River Club (SRC)
3. Konvoi Bermotor ke Teluk Batik dan Langkawi, anjuran bersama JKKK Sungai Kechil dan Small River Club (SRC)
4. Malam Anugerah Tahunan, sumbangan kepada warga kurang bernasib baik dan pelajar-pelajar cemerlang. Anjuran bersama JKKK Sungai Kechil dan Small River Club (SRC)
5. Membina Gelanggang Sepak Raga Bulat di Taman Rekreasi Sungai Buaya (Taman Negeri Bukit Panchor)
6. Kayuhan Bersihkan Malaysia, Peringkat Parlimen Nibong Tebal. Anjuran bersama JKKK Kepala Gajah

F. Dari segi KEBERSIHAN :
1. Menubuhkan 'Skuad Bersih' bagi membersih jalan-jalan kampung
2. Menganjurkan aktiviti gotong-royong dengan kerjasama MPSP di setiap kawasan JKKK dalam KADUN Sungai Bakap

1 comment:

canang said...

salam 3mai berkunjung ke blog surau al-ikhwan bandar tasek mutiara


http://suraual-ikhwan.blogspot.com/

http://btmmari.blogspot.com/