Sunday, February 28, 2010

Insentif kepada penjimat air

Sebagai salah satu langkah penjimatan air dalam musim kemarau yang sedang melanda negara sekarang ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk memberikan ganjaran berupakan insentif kepada mereka yang mengamalkan penjimatan air setiap hari.

Namun begitu penalti juga akan dikenakan kepada mereka yang menggunakan air melebihi sukatan yang telah ditetapkan setiap hari.

“Langkah ini adalah sebagai salah satu tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah penggunaan air yang paling tinggi bagi rakyat negeri ini,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan seterusnya akan dibawa ke mesyuarat Exco.

"Adalah menjadi harapan kerajaan negeri dengan cadangan baru ini ia akan dapat mengubah sikap rakyat negeri ini supaya menggunakan air dengan lebih berhemah dan menjimatkan penggunaannya.

"Musim kemarau yang sedang melanda negara sekarang ini akan ditangani dengan serius oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, katanya langkah berjaga-jaga akan diambil bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

“Oleh kerana itu, ganjaran berupakan diskaun tarif air akan diberikan kepada mereka yang menyahut seruan pihak kerajaan negeri bagi penjimatan penggunaan air ini," ujarnya semalam.


Tuesday, February 23, 2010

Bersama penduduk Permatang Pauh bantah penyalahgunaan Sekolah

YB Ustaz Maktar dan YB Ustaz Salleh Man (ADUN Permatang Pasir) bersama penduduk

Permatang Pauh, 21 Februari 2010 - Penyalahgunaan bangunan sekolah untuk berpolitik oleh pembangkang (UMNO) mendapat tentangan daripada penduduk sekitar. Setelah laporan polis dibuat sehari sebelumnya dan pihak terbabit dilihat tidak mengendahkannya, lebih 500 orang berkumpul di hadapan SK Bukit Indera Muda, Kubang Semang menunjukkan protes.

Akhirnya mereka terpaksa membatalkan program tersebut.


Monday, February 22, 2010

Liga Bolasepak Kg. Padang Lalang


Pada 14 Februari yang lalu YB Ustaz Maktar merasmikan Liga Bolasepak Kg. Padang Lalang anjuran AMK Ranting Padang Lalang.

Hadir sama Pengerusi JKKK Padang Lalang; Abu Bakar bin Rashid, Setiausaha JKKK Padang Lalang; Yusuf bin Ibrahim serta Pengerusi JKKK Sg. Bakap Selatan; Yahaya bin Saat.

Monday, February 15, 2010

Pulau Pinang sambut Maulidur Rasul tiga hari

Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul malah sambutan pada tahun ini akan diadakan tiga hari berturut-turut bermula 25 hingga 27 Februari, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Abdul Malik berkata, laporan sebuah akhbar yang mendakwa Kerajaan Negeri membatalkan perarakan itu adalah tidak benar.

“Ia (perarakan) akan berjalan seperti biasa. Kerajaan tidak pernah umum nak batal perarakan Maulidur Rasul. Saya tidak faham mengapa laporan seperti ini dikeluarkan,” katanya.

Abdul Malik berkata, keputusan untuk mengadakan perarakan Maulidur Rasul sudah dibincangkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri sejak tiga bulan dahulu, bagaimanapun hanya baru-baru ini sahaja keputusan muktamad dibuat setelah jawatankuasa itu mengambil kira beberapa opsyen yang dicadangkan.

Menurutnya, tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Jaipp) menyiarkan atur cara Majlis Perhimpunan Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang tidak menyertakan acara perarakan di laman sesawang jabatan itu sebelum ini, tidak menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

“Sebagai Kerajaan Negeri yang masih baru, kami perlu meneliti beberapa opsyen tambahan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.

“Memandangkan isu sama ada hendak mengadakan perarakan atau tidak masih tidak diputuskan pada masa itu, Jaipp tidak boleh menunggu sehingga keputusan dicapai untuk menyiarkan atur cara itu sebagai hebahan kepada umum. Tindakan Jaipp tidak menyertakan acara perarakan dalam tentatif program bukan sebab dibatalkan Kerajaan Negeri,”katanya.

Mengenai isi program sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, Abdul Malik berkata, ia akan dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil di semua masjid di seluruh negeri pada malam 25 Februari.

Pada keesokan harinya, acara sambutan akan dimulakan dengan perarakan kontinjen Kerajaan Negeri yang bakal diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, diikuti perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.

“Buat pertama kali juga, Kerajaan Negeri mengadakan Majlis Bacaan Kitab Sirah Rasulullah SAW pada 27 dan 28 Februari di Masjid Negeri.

“Kerajaan Negeri juga akan mengadakan pameran ketamadunan Islam dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Mufti Pulau Pinang di foyer Dewan Sri Pinang. Program ini julung kali diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri ini.

“Dengan penganjuran sambutan Maulidur Rasul selama tiga hari berturut-turut, Kerajaan Negeri berharap tiada lagi pihak tidak bertanggungjawab menfitnah kami dengan tuduhan anti Melayu dan anti Islam,”katanya.


Monday, February 8, 2010

Pemberian limau sempena Tahun Baru Cina

Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, YB Ustaz Maktar telah memberi sumbangan limau kepada orang ramai.

Disebabkan YB Ustaz Maktar menghadiri satu majlis rasmi di Shah Alam, pemberian tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik beliau, Hj. Mohd Kamil Abu Bakar dengan ditemani oleh JKKK di setiap kawasan yang terlibat.

Lokasi yang menjadi tumpuan ialah pasar awam Sungai Bakap dan Bandar Tasek Mutiara. Sambutan yang ditunjukkan amat menggalakkan.