Saturday, April 11, 2009

Pusat Khidmat JKKK dilancarkan



Sungai Bakap - YB Hj. Maktar telah merasmikan Pusat Khidmat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Bakap (S) di Dewan Serbaguna JKKK di Permatang Ara.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Hj. Maktar menegaskan bahawa perpaduan di antara kaum perlu diterapkan agar keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan meskipun terdapat perbezaan politik. Semangat bertoleransi juga penting dalam mengekalkan perpaduan sekaligus mewujudkan masyarakat muhibah.

Mengulas mengenai Pusat Khidmat JKKK, ia berfungsi sama seperti Pusat Khidmat Rakyat ADUN tetapi ia diseliakan oleh Pengerusi, Setiausah dan Bendahari JKKK Sg. Bakap sendiri.

Pusat Khidmat JKKK Sg. Bakap (S) dibuka setiap hari Sabtu (2.00 - 4.00 petang) dan Ahad (10.30 pagi - 5.00 petang).

No comments: