Friday, January 29, 2010

Menziarahi mangsa kemalangan

Kepala Gajah - Bersama Pengerusi JKKK, En. Wahid menziarahi mangsa kemalangan jalanraya di Flat Mutiara Jaya. Sabdin bin Daros, 57 ditimpa nahas pada 14 Januari ketika dalam perjalanan ke tempat kerja mengalami patah 2 tulang tangan dan buku lali.

Menerima sedikit sumbangan peribadi dan pihak JKKK Kepala Gajah turut memberi sumbangan.

Sunday, January 24, 2010

Merasmikan Pertandingan Joran

Tempat : Kg. Baru Byram, Nibong Tebal
Johan : RM 3,000
Naib Johan : RM 2,000 Ketiga : RM 1,000 Hadiah Istimewa : TV 29"

Anjuran : Small River Club (SRC)


Siren dibunyikan sebagai tanda bermulanya pertandingan

Saturday, January 23, 2010

Lawat kawasan

Bermula dengan Program Lawatan Kumpulan Pemantau Pengguna KADUN Sungai Bakap di pekan Sungai Bakap hinggalah masuk ke kampung meninjau masalah penduduk.

Siri Lawatan Kumpulan Pemantau Pengguna diadakan serentak seluruh negeri dan lokasi pilihan KADUN Sg. Bakap ialah di kawasan pekan Sg. Bakap, manakala KADUN Sg. Acheh meninjau di kawasan pasar Tmn. Pekaka, Sri Ampangan.


Jalan Sentosa, Permatang Ara
Memberi sumbangan kerusi roda kepada Mak Lang Rodhiah. YB Ustaz Maktar bersama JKKK Sg. Bakap Selatan

Bersama Pengerusi JKKK Sg. Bakap Selatan, En. Yahaya Saat menyelami masalah penduduk

Ziarah-menziarahi


Wednesday, January 20, 2010

Masalah banjir di Sungai Buaya selesai


Bersama Ahli Majlis MPSP, Hj. Wan dan JKKK meninjau projek tebatan banjir Kg. Sungai Buaya. Projek tersebut melibatkan kerja-kerja mendalamkan, melebarkan dan membina 'ban' bagi mengelakkan kejadian banjir yang sering melanda daripada berulang.

Menziarahi keluarga malang


Kampung Besar - YB Ustaz Maktar bersama JKKK menziarahi keluarga mangsa bakar diri. Melihat sendiri jenis bantuan yang diperlukan disamping memberikan sedikit sumbangan peribadi bagi meringankan bebanan yang ditanggung. Mangsa meninggalkan suami dan 7 orang anak dan 4 daripadanya masih bersekolah.

Akibat daripada kesempitan hidup, sebahagian daripada anaknya terpaksa tinggal bersama nenek mereka di rumah berhampiran.

Terdahulu, pada penghujung Disember lalu, anak-anak mangsa turut menerima bantuan pakaian sekolah daripada YB Ustaz Maktar.

Wednesday, January 13, 2010

Kunjungan Speaker ke DUN Sg. Bakap

Sempat beramah mesra dengan masyarakat yang datang ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Sg. Bakap

Mendengar penerangan daripada Hj. Wan berkenaan aktiviti Pusat Khidmat Rakyat

Di Sungai Kechil

Di Pejabat Ahli Parlimen Nibong Tebal

Friday, January 8, 2010