Sungai Bakap, 28 Disember 2009 - Selepas pulang dari Taman Layang-layang, singgah di Kg. Datuk Haron, Jalan Aman untuk meninjau parit yang diluaskan bagi mengelak banjir kilat.
Beberapa buah rumah di kampung tersebut dinaiki air apabila parit kecil sebelum ini tidak dapat menampung air hujan yang lebat. Setelah mendapat laporan dari penduduk, YB Ustaz Maktar mengarahkan supaya parit tersebut diluaskan supaya kejadian banjir kilat tidak berulang. Segala kos tersebut ditanggung oleh YB Ustaz Maktar.
YB Ustaz bersama Hj. Mohd Kamil dan Sdr. Amir, Setiausaha JKKK Sg. Bakap (S)Seterusnya ke Kg. Makau Suah, meninjau kawasan yang sering dilanda banjir kilat.
Keadaan jalan kampung selepas sejam hujan tanpa henti
Parit yang telah dipenuhi semak samun
Mendengar masalah yang dibangkitkan penduduk