Monday, June 4, 2012
Kita Telah Berjaya
Setelah diamanahkan sebagai Wakil Rakyat di DUN Sungai Bakap selama lebih 4
tahun, YB Hj. Maktar bin Hj. Shapee telah berjaya melunaskan beberapa tuntutan
rakyat.
Selain daripada kejayaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
seperti:
1. Sumbangan RM100 setahun untuk Warga Emas
2. Sumbangan RM100 setahun untuk OKU
3. Sumbangan RM100 setahun untuk Ibu Tunggal
4. Sumbangan RM1,000 'One-Off' untuk waris bagi Pengurusan Jenazah
5. Sumbangan RM200 'One-Off' kepada semua anak kelahiran pemilih Pulau Pinang
mulai 1 Januari 2011
6. Sumbangan RM1,000 'One-Off' kepada mahasiswa/siswi IPTA, jika pendapatan
isi rumah kurang dari RM4,000 sebulan
7. Sumbangan RM100 'One-Off' untuk Pelajar Emas iaitu Tahun 1 & 4 dan
Tingatan 1 & 4
8. dan lain-lain kejayaan yang dilaporkan dari masa ke semasa.
Selaku ADUN Sungai Bakap, beliau prihatin membantu …
A. Dari segi KEBAJIKAN dan Hubungan
Masyarakat :
1. Membaik pulih rumah terutamanya bumbung; lebih dari 200 buah rumah di
seluruh KADUN. 60 buah daripadanya merupakan rumah PPRT di Kg. Indra Timbalan,
Kepala Gajah
2. Menghulur sumbangan RM100 untuk Sewa Kereta Jenazah kepada setiap waris
jenazah pengundi KADUN Sungai Bakap
3. Menziarahi dan memberi sumbangan perubatan (Jejak Sihat) kepada setiap
pesakit yang dilaporkan oleh JKKK
4. Menghulur sumbangan RM200 untuk para pelajar anak-anak pengundi KADUN
Sungai Bakap yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan RM300
untuk mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah
5. Menyumbang khemah, kerusi meja dan pinggan mangkuk kepada hampir setiap
surau, persatuan dan rumah ibadat
6. Mengunjungi hampir setiap jemputan kenduri yang dijemput oleh para
pengundi
7. Menghulur sumbangan berbuka puasa ke setiap surau
8. Menghulur sumbangan dan hamper kepada OKU dan mereka yang kurang bernasib
baik sempena hari-hari perayaan Islam, Cina dan India
9. Memberi perkhidmatan kepada pengundi-pengundi bersempadan KADUN Bukit
Tambun, Machang Bubuk dan Jawi dengan membuka/menambah kawasan-kawasan baru
JKKK
10. Dengan perkhidmatan yang terlaksana, beliau telah menziarahi lebih 60%
rumah-rumah pengundi KADUN Sungai Bakap
11. Semua aktiviti yang telah dijalankan ini, kita telah membelanjakan wang
melalui sumber Akaun Khas ADUN sebanyak RM500,000.00 lebih, ini tidak termasuk
peruntukan RM200,000.00 setahun melalui Pejabat Daerah SPS
B. Dari segi SOSIO-EKONOMI
:
Menganjur program :
- Karnival Masyarakat Madani 1 & 2
- Karnival Rakyat Harmoni 1 & 2
- Karnival Ambang Ramadhan
- Bakti Siswa (BAKSIS UIAM) di kawasan JKKK Kepala Gajah
- Bakti Masyarakat (BAKMAS) di kawasan JKKK Kampung Besar
- Bakti Siswa (BAKSIS UM) di kawasan JKKK Tasek
C. Dari segi PENDIDIKAN (Rohani dan Intelek)
:
1. Membaca Khutbah Jumaat di setiap masjid
2. Menyebar risalah-risalah kemajuan Kerajaan Negeri di Pasar Awam dan
pasar-pasar malam
3. Memberi Kuliah di beberapa buah masjid dan surau dalam KADUN Sungai
Bakap
4. Menganjurkan ceramah-ceramah umum dan kelompok dengan kerjasama JKKK dan
Surau
5. Kem Remaja Anggun (KERAMAT) untuk anak muda di Bendang Man, Sik, Kedah.
Anjuran bersama JKKK Sungai Kechil
D. Dari segi PEMBANGUNAN
:
1. Membina Rumah Mampu Milik bersebelahan PPRT Indra Timbalan, Kepala
Gajah
2. Menaik taraf infrastruktur hampir ke seluruh kawasan dalam KADUN,
antaranya :
- Jalan dan Longkang sepanjang jalan dari Kg. Sepulau ke persimpangan
Pekan Tasek
- Longkang sepanjang Jalan Hutan Petai ke persimpangan Jalan Che
Hussain, Padang Lalang
- Longkang sepanjang jalan dari pekan hingga ke hadapan Masjid Kampung
Besar dan sepanjang jalan Kg. Baru Sungai Buaya
- Longkang dari pekan Sungai Kechil ke Lebuh Raya Utara Selatan
- Longkang di sepanjang jalan Kampung Permatang Ara, Sungai Bakap
- Longkang dalam kawasan perumahan Kampung Krian Kedah
- Longkang di Jalan Sentosa dan Kg. Makau Suah, Sungai Bakap
(menyelesaikan masalah banjir kilat sejak lebih 10 tahun)
3. Membina 6 unit Gerai Penjaja di pekan Sungai Duri
4. Menambak tebing-tebing Sungai Jawi, Tasek Chempedak, Sungai Buaya dan
sungai Kechil
E. Dari segi SUKAN dan REKRIASI
:
1. Menganjurkan pertandingan Liga Juara Sungai Bakap sebagai acara tahunan.
Perlawanan Akhir diadakan di Stadium Batu Kawan
2. Pertandingan Memancing di Byram, anjuran bersama JKKK Sungai Kechil dan
Small River Club (SRC)
3. Konvoi Bermotor ke Teluk Batik dan Langkawi, anjuran bersama JKKK Sungai
Kechil dan Small River Club (SRC)
4. Malam Anugerah Tahunan, sumbangan kepada warga kurang bernasib baik dan
pelajar-pelajar cemerlang. Anjuran bersama JKKK Sungai Kechil dan Small River
Club (SRC)
5. Membina Gelanggang Sepak Raga Bulat di Taman Rekreasi Sungai Buaya (Taman
Negeri Bukit Panchor)
6. Kayuhan Bersihkan Malaysia, Peringkat Parlimen Nibong Tebal. Anjuran
bersama JKKK Kepala Gajah
F. Dari segi KEBERSIHAN :
1. Menubuhkan 'Skuad Bersih' bagi membersih jalan-jalan kampung
2. Menganjurkan aktiviti gotong-royong dengan kerjasama MPSP di setiap
kawasan JKKK dalam KADUN Sungai Bakap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam 3mai berkunjung ke blog surau al-ikhwan bandar tasek mutiara
http://suraual-ikhwan.blogspot.com/
http://btmmari.blogspot.com/
Post a Comment