Wednesday, January 20, 2010

Menziarahi keluarga malang


Kampung Besar - YB Ustaz Maktar bersama JKKK menziarahi keluarga mangsa bakar diri. Melihat sendiri jenis bantuan yang diperlukan disamping memberikan sedikit sumbangan peribadi bagi meringankan bebanan yang ditanggung. Mangsa meninggalkan suami dan 7 orang anak dan 4 daripadanya masih bersekolah.

Akibat daripada kesempitan hidup, sebahagian daripada anaknya terpaksa tinggal bersama nenek mereka di rumah berhampiran.

Terdahulu, pada penghujung Disember lalu, anak-anak mangsa turut menerima bantuan pakaian sekolah daripada YB Ustaz Maktar.

No comments: