Thursday, June 24, 2010

Tol Jambatan PP Naik Walau Catat Keuntungan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertikai tindakan kerajaan membebankan rakyat Pulau Pinang dengan kenaikan tol namun dalam masa yang sama mengurang kadar tol sehingga 30 peratus untuk rakyat Singapura menyeberang ke Johor.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, warga Pulau Pinang selayaknya menerima penurunan kadar tol kerana ia mencatatkan keuntungan bahkan telah memulangkan kos pembinaan kepada kerajaan Pusat.

Sebaliknya jambatan kedua antara Singapura dan Johor terus-menerus mencatatkan kerugian, dan akan mengambil masa yang lama untuk mengembalikan modal pembinaan.

“Saya pelik di Malaysia, bila lebuh raya untung, kita naikkan harga, bila lebuh raya rugi kita turunkan harga,” kata Guan Eng.

“Kenapa penurunan harga tol tidak boleh dilakukan dijambatan Pulau Pinang ? sedangkan ia melibatkan manfaat pada rakyat Malaysia tetapi penurunan harga di tol jambatan kedua Malaysia Singgapura akan member manfaat pada rakyat Johor dan juga Singgapura ?,” katanya lagi.

Guan Eng berkata Pakatan Rakyat tidak membantah penurunan harga tol di jambatan kedua Johor-Singapura, tetapi menggesa kerajaan untuk lebih prihatin kepada beban pengangkutan yang ditanggung rakyat sehari-hari.


No comments: