Wednesday, June 30, 2010

Pelancaran Program Cari Juara


19 Jun 2010, Sungai Bakap - YB Ustaz Maktar telah melancarkan Program Cari 'Juara Liga Sungai Bakap' di Dewan Kebajikan JKKK Sungai Bakap Selatan. Matlamat program tersebut adalah untuk mencari pemain-pemain bolasepak tempatan untuk dijadikan sebuah pasukan yang terbaik dalam DUN Sungai Bakap ke peringkat negeri Pulau Pinang.

Selain mengenalpasti bakat-bakat muda, YB Ustaz Maktar turut menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang pertandingan iaitu Johan akan membawa pulang RM1000, Naib Johan RM750 manakala tempat ketiga dan keempat RM400 setiap pasukan.

Kejohanan yang bakal dijalankan di padang Kg. Lima Kongsi dan Tmn. Puteri Gunung akan bermula pada 3 Julai 2010 jam 5.30 petang.

Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Negeri, Batu Kawan pada 18 Julai 2010.

No comments: