Monday, November 30, 2009

PENGUMUMAN : PERPINDAHAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT

Pejabat ADUN / Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap akan berpindah ke Bangunan Annexe, Dewan Serbaguna Sungai Bakap (Sebelah Pejabat POS) mulai Selasa - 17 November 2009



Alamat baru:
Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap
Bangunan Annexe
Dewan Serbaguna Sungai Bakap

Jalan Besar, 14200
Sungai Bakap
Pulau Pinang


Monday, November 23, 2009

Anugerah Pelajar Cemerlang 5 Tahun - PASTI Nurul Hilal

Zukran Aniq, cucu kepada YB Ustaz Maktar telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 5 Tahun PASTI Nurul Hilal.

Beliau juga memperolehi peratus tertinggi di kalangan pelajar 5 tahun dan mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan dan ujian.

Saturday, November 21, 2009

Thursday, November 19, 2009

PERDA diminta jaga kepentingan rakyat bawahan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) supaya memberi perhatian yang lebih serius bagi membela nasib rakyat yang berpendapatan rendah daripada menjaga kepentingan golongan atasan.

Menurut beliau lagi, Perda kini sudah jauh tersasar daripada matlamat asal penubuhannya bagi menyediakan perumahan mampu milik kepada penduduk yang berpendapatan rendah.

"Kerajaan Negeri tidak pernah membantah atau menolak permohonan daripada PERDA bagi melaksanakan projek perumahan di Daerah Barat Daya sepertimana yang didakwa oleh mereka. Kita tegas dalam perkara ini supaya nasib rakyat yang berpendapatan rendah akan terus terbela dan mendapat peluang untuk memiliki rumah.

"Kerajaan Negeri juga akan memberi kelulusan pelan pembangunan sekiranya semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi oleh PERDA. Ini termasuklah memperbanyakkan lagi pembinaan rumah kos rendah kepada rakyat di negeri ini," kata Ketua Menteri.

Sebelum ini Pengerusi PERDA, Datuk Azhar Ibrahim mendakwa Kerajaan Negeri dengan sengaja cuba melengah-lengahkan projek pembangunan perumahan yang telah pun dikenal pasti untuk projek perumahan di Sungai Batu dan Teluk Bahang.

"Perda membeli tanah tersebut dengan harga yang rendah. Oleh kerana itu adalah wajar bagi mereka untuk membina lebih banyak rumah kos rendah dan menjualnya dengan harga yang mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah.

"Jika mereka mendapat tanah dengan harga yang murah dan membangunkan pula banglo, rumah kos tinggi dan hotel sudah pasti projek itu akan tertangguh kelulusan pembangunannya," kata Lim.

Sebelum ini Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor Othman juga pernah menafikan dakwaan Azhar tersebut. Mansor juga meminta supaya PERDA mengkaji semula projek pembangunan perumahan yang hendak mereka laksanakan supaya ia memberi manfaat dan peluang kepada masyarakat berpendapatan rendah untuk turut memiliki rumah yang dibina.


Sunday, November 15, 2009

Perasmian Koperasi Kemajuan Komuniti Seberang Perai Berhad


Menggantikan YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Majlis diadakan di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap.

Saturday, November 14, 2009

Merasmikan Bengkel Sulaman Anjuran PEMENANG

Menggantikan TKM 1, YB Mansor Othman merasmikan Bengkel Sulaman Reben yang dianjurkan PEMENANG.

PEMENANG adalah singkatan daripada Persatuan Melayu Pulau Pinang dan NGO ini diasaskan pada tahun 1927.

Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari di Bangunan PEMENANG, Jalan Pemenang, Pulau Pinang.

Thursday, November 12, 2009

Pulau Pinang berjaya turunkan kadar kemiskinan tegar

Kadar kemiskinan tegar di Pulau Pinang semakin menurun dengan inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat, Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh (gambar).

Menurut beliau lagi, sehingga 31 Oktober 2009 seramai 728 keluarga miskin tegar telah dikenal pasti di negeri ini.

Namun begitu kadar tersebut telah menunjukkan prestasi yang baik apabila seramai 77 keluarga miskin tegar sudah berjaya dikeluarkan daripada taraf tersebut.

"Jumlah wang saraan kepada keluarga miskin tegar adalah satu keperluan. Malah ada terdapat keluarga miskin tegar yang hanya memperolehi pendapatan jumlah isi rumah dalam tempoh sebulan hanya mencecah RM100. Cuba bayangkan apa yang dapat dilakukan dengan jumlah RM100 itu bagi satu keluarga.

"Oleh kerana itu maka Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk memberikan bantuan kewangan kepada keluarga miskin tegar ini walaupun ianya hanya bernilai RM100 bagi meringankan beban mereka," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Puyu berkata, Kerajaan Negeri memerlukan sebanyak RM1.35 juta untuk membawa mereka yang dikategorikan sebagai keluarga miskin tegar ini untuk keluar daripada taraf kemiskinan tersebut.

"Sehubungan itu bagi mencapai matlamat jumlah tersebut maka dana akan diperolehi daripada agensi swasta, badan bukan kerajaan dan juga individu yang terdiri daripada pemilik syarikat korporat," katanya.

Pulau Pinang dapat pujian Ketua Audit Negara

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbangga dengan laporan kewangan negeri yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding laporan tahun 2007 sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam pembentangan di Parlimen, baru-baru ini.

:Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akaunbiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.

Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.

:“Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.

“Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah ‘Penang Economic Monthly’ di sebuah hotel di sini, semalam.

:Guan Eng berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malahan laporan Ketua Audit Negara.

Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.

“Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.

“Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri,” katanya.