Saturday, August 15, 2009

Gotong-royong di Flat Taman Seruling Emas


Anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap dan JKKK Sungai Bakap Selatan.

Wednesday, August 12, 2009

Meninjau Masalah Berbangkit


Kepala Gajah - Penutupan jalan di hadapan Pasaraya 800 telah mengakibatkan kebanyakan penduduk berhampiran terutamanya di Bandar Tasek Mutiara mengalami masalah untuk menggunakan jalan alternatif.

Dalam lawatan ke lokasi YB Ustaz Maktar bersama ADUN Machang Bubok yang juga Timbalan Speaker, YB Tan Hock Leong telah mengenalpasti beberapa langkah bagi mengatasi masalah berbangkit.

Hadir sama mengiringi kedua-dua ADUN tersebut ialah Pengerusi JKKK Kepala Gajah; Abdul Wahid Darus, Pengerusi JKKK Padang Lalang; Abu Bakar Rashid dan Pengerusi JKKK Tasek; Mohd Said Md Zain.

Thursday, August 6, 2009

KENYATAAN AKHBAR EXCO AGAMA BERHUBUNG KENYATAAN JEFF OOI

YB Jeff Ooi Perlu Tarik Balik Kenyataan Menyentuh Sensitiviti Islam

Selaku EXCO Hal Ehwal Agama Pulau Pinang saya begitu kesal dengan kenyataan YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong berhubung kenyataan beliau tentang Muslim Extremis yang dilabelkan kepada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Meskipun Kerajaan Negeri mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), namun kenyataan berbaur prasangka tanpa berpijak di bumi nyata perlu dielakkan lebih-lebih lagi kenyataan daripada wakil rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya secara tegas menolak kenyataan YB Jeff Ooi yang disiar dalam akhbar The Sunday Star, bertarikh 2 Ogos 2009, yang saya anggap bersifat peribadi tetapi boleh disalah erti pelbagai pihak. Saya yakin umat Islam khususnya di Pulau Pinang tidak dapat menerima kenyataan sebegini lebih-lebih lagi ia menyentuh sensitiviti Agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua pihak, termasuk NGO-NGO Islam untuk memacu Pulau Pinang ke arah lebih baik.

Buktinya peruntukan sebanyak RM1.5 juta yang disalurkan kepada 17 Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini, turut membabitkan 2 buah SAR yang dikendalikan oleh NGO Islam iaitu JIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM305,000.00.

YB Jeff Ooi perlu lebih berhati-hati selepas ini. Beliau perlu menggunakan saluran dalaman bagi menyuarakan pandangannya kepada Kerajaan Negeri. Jangan sampai kerana pulut santan binasa, kerana mulut imej Kerajaan Negeri binasa.

Jesteru itu, saya menggesa YB Jeff Ooi menarik balik kenyataannya yang telah menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di negeri ini, bahkan seluruh negara.

YB HJ. ABDUL MALIK KASSIM
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG

Monday, August 3, 2009

Bakti Masyarakat (BAKMAS)

Kesinambungan daripada program Bakti Siswa, BAKMAS dipraktikkan di peringkat DUN Sungai Bakap iaitu meliputi seluruh kawasan JKKK.

Bertujuan menghapus jurang pemisah di antara masyarakat dan pemimpin, menyelami segala masalah selain daripada menganjurkan program khusus untuk masyarakat setempat.

BAKMAS 2 telah dilaksanakan di kawasan JKKK Kg. Besar pada 31 Julai 09 hingga 2 Ogos 09. Bermula dengan siri lawatan khutbah Jumaat, Forum Perdana, Gotong Royong, Sukaneka, Pameran dan Pertandingan Badminton.

Forum Perdana "Masyarakat Toyyibah Pemangkin Khairo Ummah", panelis : 1.YBhg Ustaz Ilyas Zakaria 2.Dr Abdullah Che Muda, Moderator : Ustaz Izzat Hambali

YB Ustaz Maktar dan para jemputan khusuk mendengar


Gotong-royong Perdana - meliputi seluruh kawasan awam (masjid, surau, dewan orang-ramai, balairaya dan jalanraya)



Motivasi Pelajar, dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Pn. Norbiha




Pameran Kesihatan dan Pembukaan Akaun Tabung Haji (Percuma - sumbangan YB Ustaz Maktar)



Sukaneka



Pertandingan Badminton Berpasukan - Piala Pusingan ADUN Sungai Bakap, YB Ustaz Maktar

Aksi Juara, pasukan JKKK Sungai Bakap Selatan

Naib Juara, pasukan Belia Sungai Buaya

YB Ustaz Maktar menyampaikan hadiah kepada pemain veteran dari Kg. Besar